Wahhh...makin panas cite kat TV skrg...skrg ni glamer plak cite Gemilang & Asmara...Hero dua2 drama ni Shahrizal Jasle Jasmin... Kacak..bergaya.....memang mantap..tambah pulak heroin yang bergandingan berama-sama dalam dua-dua drama..perghhh...mmg makin hot drama nii....
GEMILANG
Gemilang adalah cerita seorang guru di Kelantan iaitu ayah mentua saya sendiri (ayah Mira Mustapha). Dia sudah meninggal dunia, namun kisah perjuangannya patut menjadi teladan kepada anak muda zaman sekarang. Pelakon Shahz Jazle diberi tanggungjawab memegang wataknya iaitu sebagai Cikgu Saifullah.
Saifullah berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga lagi adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah meninggal dunia.
Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul menyebabkan mereka adik beradik terpaksa berpisah kerana diberikan kepada keluarga angkat. Saifullah menjadi anak angkat keluarga berada tetapi dia tidak pernah melupakan asal-usulnya.
Watak Saifullah adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja, Saifullah menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran dan selepas tamat pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun hatinya meronta untuk kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti kepada penduduk di sana. Dengan semangat meluap, Saifullah menubuhkan sekolah swasta yang dinamakan Institut Gemilang.
Institut Gemilang dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada pelajarnya. Mereka yang gagal atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE dan HSC amat dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan Institut Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli), Asma (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru perintis di institut itu.
Menariknya drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke usia emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).
Pengarah drama ni, Kabir berharap Gemilang akan menjadi sumber inspirasi kepada penonton yang sarat dengan keceriaan, kelucuan dan emosi demi menyelamatkan pelajar mereka yang cintakan kejayaan.
Elemen percintaan turut diselitkan bagi memantapkan lagi jalan ceritanya. Asma dalam berusaha menjadi insan yang berjaya tidak mampu untuk menolak cinta Saifullah.
PELAKON-PELAKON
Shahrizal Jasle Jasmin (Saifullah), Ahmd Kamal Ahmad Adli (Kamal Adli – Umar), Natasha Sheila Abdul Razak (Ruhana), Siti Zakiah Abdul Razak (Tiz Zaqyah – Asma), Datuk Jalaluddin Hassa (Cikgu Talib), Che Kem (Ghazali), Syazwan Zulkifli (Ringgo), Talha Harith (Azlan), Puteri Fateen Nasuha (Dahlia), Mohd Amin Abu Bakar (Kahar), Abdul Muniff Md Isa (Johan), Nor Nashree Nor Azmi (Hamzah), Diandra Arjunaidi (Suzanne), Kishvin Sirinavin (Raj), Gregory Sze Lai Huat (Chee Keong)
ASMARA2
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.