Alhamdulillah...aku membesar dengan sihat walafiat..sesuai dengan nama aku Noraifa Afiah yang membawa maksud sihat walafiat....
Actually aku teringatkan kebaikan susu ibu untuk bayi....umi susukan dan menjaga aku dengan baik...
Alhamdulillah aku sihat smpai ke hari ini...
Penyusuan Susu Ibu
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

- ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah hadam
- sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
- mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
- mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan



0 comments:
Post a Comment