Wednesday, March 23, 2011

Kelas Hape ni beb..!!!!!

Hari ni aku ngan kekawan aku attend kelas...kul 10....cam biase kitorang masuk kelas...slumber...!!

Da masuk kelas cam biase lahhh...lecturer blom masuk...borak ar dulu beb.....

Uiksss....tunggu punye tunggu...huihhhh..lecturer masuk kul 10.30 beb...ok...never mind lahhh.......!!!!

Lecturer aku ni busy orang nye...orang penting kat kampus kot... : p

Hahh....first masuk kelas mam2 lecturer bercerita...kitorang dengar jekk...de yang kelakar kot...pe lagi..gelak berdekah ar....

hahhh...aku da xmo dengar dah citer....mmm...kekawan pulak ajak main BINGO...setujuuuuuu beb...!!!

Cam hape duk kat belakang..main BINGO...sempat dekat 10 round beb....(jangan tiru aksi kami.....!!!)

Mmmm...lecturer bercite smpai abes kelas...kul 11.50 beb.....

kawan aku yang sorang ni angkat tangan... "Maaf Encik..kami de kelas kul 12...".

"Ok2..saya lepaskan awak semua...terima kasih.."

HUHhhhhh...gi kelas ari niii...got nothing beb....!!!!!!!!!

p/s:
kekawan tersayang...please...berubah....!!!!!!!hak3


Aku Nak Diet 2

Hadoiii....kali ni seyes kne diet...kne mkn sket jekkk....Semalam g shopping2 barang dapur.....beli oat..biskut..minggu ni nak kurangkan makan nasi....chaiyoookkkkk.....!!!


Bangun pagi......masak air....weeiii.....minum oat....wahhhhh...!!!!!!

Aku ok jek..sampai kampus aku makan kuih sket....

1.15pm.....sket2 aku da rase lapar.....kawan aku plak ajak g makan....mempengaruhi aku yang mmg senag tergoda nii..ok2..juz ikot...tapi amek nasi sket jekk..then sayur....ikan....

Balik umah rilek kat umah....tgk tv..da sampai petang sket aku rase lapar beb...aku tahan jekkk..gi dapur wat oat...tapi lapar niii...arghhhh...cmne nii......

Huhhhhh....Alfa...bertahan........bertahan....jgn mudah tergoda ngan makanan best2....jgn layan sangat perut yang sangap nak makan niii......!!!!!!!

Alfa...bertahan....chaiyokkkkk.,...kne diet..ok...!!!




Monday, March 21, 2011

Penanggung Sepi..AIN AF8

Suara Ain best..sebab serak-serak basah....tapi da lame tak dengar pasal Ain...So..aku pon terase nak dengar lagu Ain--Penaggung Sepi...Jom dengar sme2..Siap lirik aku share ngan korang...

PENAGGUNG SEPI

Aku menyayangi mu
Dengan tulus dan jujur
Tapi ku rasa kau tidak
Kita makin terpisah
Walau dibilang sayang
Kerna ku rasa kau tidak
Cukup jangan tambah lagi
Luka ku di dalam hati
Biarkan aku sendiri kasih
Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi penanggung sepi
Kita makin terpisah
Walau dibilang sayang
Kerna ku rasa kau tidak
Cukup jangan tambah lagi
Luka ku di dalam hati
Biarkan aku sendiri kasih
Cukup jangan dusta lagi
Kau dah tidak mencintai
Biarkan aku menjadi penanggung sepi

RESEPI DIET

Aku nak diet beb....!!!!!!!


kat sini aku nak share menu untuk diet 

FRUIT SALAD 


2 biji apple merah dipotong dadu
2 biji apple hijau dipotong dadu
sebelah jer tembikai dipotong dadu
oren sunkist 1 biji atau 2 biji(ikut suka la) potong dadu jugak
anggur
fruit dressing ( mayonies untuk fruit salad)
yogurt rendah lemak perisa ikut kesukaan
kismis
carrot dimayang

gaul semua bahan dalam mangkuk...
dan simpan dalam peti lepas sejam atau dah sejuk boleh la dimakan....sedap sangat....and mengenyangkan...tak payah makan nasi....



Kepentingan Susu Ibu

Alhamdulillah...aku membesar dengan sihat walafiat..sesuai dengan nama aku Noraifa Afiah yang membawa maksud sihat walafiat....


Actually aku teringatkan kebaikan susu ibu untuk bayi....umi susukan dan menjaga aku dengan baik...
Alhamdulillah aku sihat smpai ke hari ini...


Penyusuan Susu Ibu
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kebaikan Makan Buah-buahan

Kiwi - Sangat kecil tetapi gagah. buah Kiwi adalah sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat. Ia mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda dengan sebiji buah oren.


Strawberi - Buah perlindungan. Strawberi mempunyai jumlah kuasa antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buah utama dan melindungi badan daripada penyakit barah.


Epal - sebiji epal sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, namun ia mempunyai antioksidan dan flavanoids yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C dengan itu menolong menurun risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.


Oren - Ubat yang termanis. mengambil 2 atau 4 biji oren sehari boleh menjauhkan selsema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang dan juga memperkecilkan risiko barah kolon.


Tembikai - Hilangkan dahaga. Terdiri daripada 92% air, ia juga mengandungi glutathione yang mana menolong mengalakkan sistem kebal kita. Ia juga adalah sumber lycopene yang penting. Nutrien lain yang didapati dalam tembikai adalah vitamin C dan Kalium.
  
Jambu dan Papaya - Anugerah teratas untuk vitamin C. Mereka adalah pemenang jelas untuk kandungan tertinggi vitamin C. Jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit. Papaya kaya dengan carotene, baik untuk mata.

Kos Kenduri Kahwin


P/S: Kos kenduri kahwin ni untuk orang kebanyakan cam kite nii....ini tidak termasuk status yang high class cam Siti Nurhaliza...Erra Fazira...Ning Baizura...


Kos # 1 - Maskahwin
Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran
Ini bergantung kepada keluarga. Tetapi pengalaman saya apabila mengadakan seminar-seminar keusahawanan di universiti, bila ditanya isu ini, paling sikit siswi-siswi ni minta wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.
Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain
Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah
Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.


Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin
Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.


Kos # 7 - Mekap
Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.


Kos # 8 - Set Pelamin
Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.


Kos # 9 - Jurugambar
Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000


Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi
Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150

Kos # 11 Kad Jemputan
Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

RM 17,550
Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000

Kos # 13 Duit makan kenduri
Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup rendah dah tu.
RM 10,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin
Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka?
RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift
Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi
Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency
Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.
Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050